Tuesday, December 28, 2010

pertahankan ketuanan melayu vs gadaikan ketuanan melayu

mana satu pilihan kita??samaada mempertahankan atau gadaikan apa yang kita kecapi selama ini??? persoalan ini timbul sejak akhir-akhir ini dan sering menjadi pertikaian..yang menjadikannya pelik mengapa bangsa kita sendiri BANGSA MELAYU!!! sendiri yang mempertikaikan, bukan bangsa lain bangsa cina, india? sebab kita dah buta sejarah ke? atau pun kita sendiri yang xsuka subjek sejarah..atau sebab semua itu dah tiada nilai lagi pada mata kita..proses transformasi atau hak sebagai rakyat di negara ini tanpa mengira kaum untuk berkongsi segalanya bersama bak kata sesetengah ahli politik..macam ini ke ahli politik yang kita banggakan dan sanjung selama ini? jika kita lihat sendiri dari sejarah lampau, malaysia merupakan gugusan kepulauan melayu menjadi hak milik orang melayu..disebabkan dasar penjajah yang tamak dan keterlaluan untuk mengeksploitasi kekayaan negara kita la maka wujudnya bangsa dari negara india dan cina.. namun apa yang dikesalkan mengapa perlu hak istimewa orang melayu menjadi alat untuk dipolitikan?? dah tiada benda dan masalah lain ke untuk diperhangatkan dan ditambah baik...sama-sama la pikirkan wahai bangsaku

percayakan politik atau tidak??

soal percaya atau tidak mengenai politik bergantung kepada hak dan kepercayaan seseorang individu..namun timbul satu persoalan adakah benar apa yang dibawa oleh sesebuah parti politik tertentu??manifesto??jika dilihat sebelum pilihanraya kita dapat lihat sendiri begitu gah janji-janji yang dilemparkan, namun kemana pergi semua janji selepas pilihanraya?? mengapa orang melayu yang mempunyai adat, agama dan dari keturunan yang sama tetapi mempunyai fahaman politik yang berbeza?sehinggakan terbawa-bawa sehingga kedalam aktiviti keagamaan, sampai solat jumaat pun berasingan..sebab apa ini terjadi??sebab sama-sama xboleh mengiktiraf antara satu sama lain..persoalan yang sering bermain difikiran saya, siapa kita untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga sekiranya memilih mereka menang pilihanraya?? patutkah kita mendoakan sesuatu yang buruk dalam kalangan sesama islam untuk mengecapi cita-cita kita untuk menjadi pemimpin??salahkah sekiranya kita mendoakan sesuatu yang baik supaya individu yang bagi kita tersalah membuat keputusan atau sebagainya berubah menjadi yang terbaik dimata kita??dan perlukah propaganda dan tokhmahan negatif dalam pilihan raya yang demokrasi??  minda kita berada pada kelas manakah pada masa kini untuk menjadi rakyat negara maju kalau masih ditampuk lama..sama-sama kita pikirkan..

kebangkitan skuad bola sepak malaysia..

kebelakangan ini kita dapat lihat sendiri kebangkitan skuad bola sepak kebanggaan negara kita dipersada rantau asia tenggara..setelah sekian lama melalui detik hitam,atau zaman gelap yang melanda skuad negara kini semuanya telah berubah hasil dari proses transformasi yang dilakukan oleh FAM..jika sebelum ini banyak tokmahan negatif dilemparkan oleh sesetengah pihak,namun kini semuanya telah berubah dengan pujian menggunung..patutkah soal bola sepak dipolitikan??katanya penghantaran skuad negara keluar negara adalah membazirkn wang rakyat, tidak datangkan apa-apa manfaat selain jadi pasukan belasahan sahaja..persoalan sekarang adakah individu ini layak untuk bergembira diatas segala hasil yang dilakukan selama ini??rata-rata pemain yang kita ada sekarang adalah pemain muda seawal umur 19 tahun yang mempunyai bakat besar, semangat juang yang tinggi dan mampu menjadi pemain ternama setanding dengan bintang-bintang dunia lain sedikit masa lagi,,..saya percaya bahawa sekiranya pemain-pemain ini dikekalkan dan lebih banyak pemain muda berbakat yang digilap hasrat kita untuk melihat pemain kita beraksi dan menjulang piala dunia buat pertama kalinya akan tercapai..