Tuesday, December 28, 2010

kebangkitan skuad bola sepak malaysia..

kebelakangan ini kita dapat lihat sendiri kebangkitan skuad bola sepak kebanggaan negara kita dipersada rantau asia tenggara..setelah sekian lama melalui detik hitam,atau zaman gelap yang melanda skuad negara kini semuanya telah berubah hasil dari proses transformasi yang dilakukan oleh FAM..jika sebelum ini banyak tokmahan negatif dilemparkan oleh sesetengah pihak,namun kini semuanya telah berubah dengan pujian menggunung..patutkah soal bola sepak dipolitikan??katanya penghantaran skuad negara keluar negara adalah membazirkn wang rakyat, tidak datangkan apa-apa manfaat selain jadi pasukan belasahan sahaja..persoalan sekarang adakah individu ini layak untuk bergembira diatas segala hasil yang dilakukan selama ini??rata-rata pemain yang kita ada sekarang adalah pemain muda seawal umur 19 tahun yang mempunyai bakat besar, semangat juang yang tinggi dan mampu menjadi pemain ternama setanding dengan bintang-bintang dunia lain sedikit masa lagi,,..saya percaya bahawa sekiranya pemain-pemain ini dikekalkan dan lebih banyak pemain muda berbakat yang digilap hasrat kita untuk melihat pemain kita beraksi dan menjulang piala dunia buat pertama kalinya akan tercapai..

1 comment: